Halal Housemate #2

Halal Housemate

2

IJAT

I’m married…

…to the one I didn’t love.

Everything should be okay…right?

 

“Najmi Izzat bin Ridhuan!”

Ijat tersentak mendengar namanya dipanggil. “Saya.” balas Ijat.

“Aku nikahkan dikau dengan Sofia Zulaikha binti Haris dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.”

“Aku terima nikah Sofia Zulaikha binti Haris dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Selafaz, senafas.

“Sah?”

“Sah!”

Advertisements

Semerah Pipi Humaira #9

Semerah Pipi Humaira

Kisah 9 : Malam BBQ

Hujung minggu itu, si kembar; Imran dan Irsyad pulang ke rumah. Ibu Humaira, Iman memanggil keluarga Pak Long Hazri dan Mak Su Fifi datang bagi sama-sama bertahlil dan makan-makan. Humaira senyum lebar tatkala sepupunya Hanani, anak Mak Su Fifinya tiba. Gadis itu sebaya dengan dirinya.

“Maira, rindu, rindu sangat kat awak!” Hanani memeluk Humaira erat.

“Saya pun rindu kat awak jugak, Nini! Awaklah, belajar jauh sangat. Jarang balik rumah pula tu. Kalau tak boleh aje kita jumpa selalu.”

Semerah Pipi Humaira #8

Semerah Pipi Humaira

Kisah 8 : Buat Umayr Fawwaz

Humaira duduk di tepi tingkap, memandang ke halaman rumah, ke arah pohon belimbing yang dahannya rendang, dedaunnya hijau. Perbualan menerusi laman Facebook tempoh hari antara dia dan Umayr Fawwaz membuat dia sedar akan sesuatu. Sesuatu yang hilang dari hatinya. Perasaan yang mengganggu hati itu hilang. Hilang terus. Sedikit pun tiada lagi. Humaira pejam mata. Air mata yang bergenang di kelopak mata jatuh rebah ke pipi. Ada beberapa butir bicara lelaki itu tempoh hari yang mengguris hatinya. Hatinya yang mudah terusik.

Semerah Pipi Humaira #7

Semerah Pipi Humaira

Kisah 7 : Surau, Perempuan dan Humaira

Di Fakulti Hotel ada sebuah surau yang agak luas, berhawa dingin yang menjadi tempat Humaira berehat dan menunaikan sembahyang sementara menunggu kelas yang seterusnya. Humaira duduk di dalam surau tersebut setelah makan tengah hari di kafe. Surau itu masih lengang. Hanya ada sekumpulan pelajar dari kelas Mandarinnya semester lepas dan seorang wanita yang sedang tidur.

Diari Adam

Diari Adam

“Oh, no! Ern, let’s go. He’s here!” Fili bangun dan terus berpusing.

Erna yang sedang tekun menyiapkan assignment mengerutkan dahinya. “Siapa?” Erna memandang ke kanan dan ke kiri, mencari lelaki yang dimaksudkan temannya itu.

“The one I told you just now! Black shirt with glasses. I better move now. Kalau dia nampak, malunya! See you around later, dear.” Fili lantas bergerak laju meninggalkan kafe tempat dia dan Erna selalu duduk melepak berjam-jam sambil menyiapkan tugasan.

Halal Housemate #1

Halal Housemate

1

SOFI

Sofia Zulaikha Haris. Itu nama aku.

Ikutlah nak panggil apapun.

Kawan-kawan panggil Sofi, famili panggil Kak Long.

Umur aku 32 tahun. Bujang. Ye, masih bujang.

 

Sofi melepas nafas lega tatkala melihat Auni yang ditunggu sedari pagi akhirnya muncul juga. Dia mengukirkan senyuman. Mereka bersalaman dan berpelukan. Melepas rindu, sudah lama tak berjumpa.

Semerah Pipi Humaira #6

Semerah Pipi Humaira

Kisah 6 : Pohon Kering di tepi Sekolah

Humaira terus pulang ke rumah setelah habis kuliah tengah hari itu. Sesak. Keretanya tersangkut di dalam kesesakan jalan raya di hadapan sekolah. Waktu persekolahan sesi pagi baru sahaja tamat. Humaira jeling sekilas jam digital di dashboard keretanya. Pukul 1.25 tengah hari. Niatnya mahu terus pulang ke rumah dibatalkan. Humaira menukar laluan, memilih untuk singgah bersolat di rumah Pak Long Hazrinya.

Semerah Pipi Humaira #5

Semerah Pipi Humaira

Kisah 5 : Seorang Affiq itu!

Pagi itu Humaira bangun dengan berbekalkan perasaan yang baru. Kisah semalam tidak perlu diungkit semula. Setelah membantu ibu di dapur, dia kembali ke bilik. Niatnya ingin menyambung semula cerpen yang ditulisnya. Cerpen yang mempunyai nama Fawwaz di dalamnya. Humaira sudah berjanji dengan lelaki itu, dan dia mesti menepati janjinya. Humaira buka laman Facebook miliknya. Wajahnya mengukir senyum. Pipinya memerah. Laman ilmi-islam.com banyak berkongsi tentang sesuatu yang kena dengan dirinya semalam. Nasihat yang sama diberikan Yusra.

Semerah Pipi Humaira #4

Semerah Pipi Humaira

Kisah 4 : Warkah Air Mata

Buat Humaira, kuatlah dikau. Tabahlah hatimu menghadapi hari-harimu di dunia sebelum dikembalikan pada Ilahi.

Tangan Humaira berhenti menulis. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum dihembus keluar. Tisu di dalam kotak Premier ditarik dua helai. Air hidung yang menyekat kelancaran pernafasan dihembus keluar. Helaian tisu itu kemudian dia buang ke dalam tong sampah di bawah meja. Pen dipegang semula. Tulisannya disambung.

Semerah Pipi Humaira #3

Semerah Pipi Humaira

Kisah 3 : Rasa yang membawa padah!

Humaira membuka diari peribadinya. Menulis coretan yang hanya ditulis tatkala hati rasa hiba, tatkala ada kaca bergenang di kelopak matanya. Hampir seminggu dia dibuai rasa yang tak pasti, dia dikhayalkan dengan perasaan yang membuatkan dia lupa pada cinta Yang Maha Esa. Selama seminggu itu, Humaira terlalu asyik memikirkan rasa hati yang hanya akan membuatkan hatinya lalai, hatinya gelap!